nuffnang

heartbeat.my

Posted by Picasa

Wednesday, April 7, 2010

Suntikan imunisasi hepatitis b

Tadi aqif kena cucuk 6 bulan tuk hepatitis b..aqif cool je kena cucuk (ye ke? ). Imunisasi ni penting untuk bayi bagi mengelakkan pelbagai penyakit. Vaksin ni diberikan mengikut peringkat umur bagi meningkatkan imunisasi bayi terhadap penyakit-penyakit tertentu. Kat Malaysia ni , Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyediakan jadual imunisasi yang wajib diambil oleh semua bayi..kat buku rawatan bayi tu ada tulis jadual tu. Sbg ibu, kita kena la prihatin terhadap jadual imunisasi tersebut supaya anak kita sentiasa sihat dan dijauhi penyakit2 tertentu insyaAllah.

Apa itu Hepatitis B? mengikut sumber rujukan, Hepatitis B ialah penyakit yang menyerang hati yang disebabkan oleh sejenis kuman iaitu virus Hepatitis B.Virus ini boleh didapati di dalam darah dan cecair badan orang yang telah dijangkiti dan boleh merebak jika anda terdedah kepada darah, cecair darah(serum) atau cecair dari alat kelamin mereka. Ini boleh berlaku jika anda berkongsi jarum dan picagari atau melalui hubungan kelamin. Wanita yang dijangkiti boleh menyebabkan bayi mereka terdedah kepada virus ini.

Tanda-tanda awal dijangkiti Hepatitis B adalah:
■Penat
■Sakit kuning
■Gatal-gatal
■Hilang selera makan
■Hilang berat badan
■Sakit perut
■Sakit-sakit sendi

Pembawa virus hepatitis B yang kronik adalah berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi seperti berikut:
■Radang hati yang kronik (Chronic hepatitis)
■Cirrhosis hati (Liver cirrhosis)
■Kegagalan fungsi hati (Liver failure)
■Barah hati

dah tahukan betapa bahayanya hepatitis b ni, so pastikan anak anda mengambil vaksin seperti yang telah disarankan oleh kerajaan. Janganlah ambil sifat sambil lewa demi kebaikan anak anda jugak :)

(Untuk makluman, atuk aqif meninggal kerana barah hati, dan tok ayah meninggal kerana perdarahan dalam perut)


sumber : http://www.infosihat.gov.my/ http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_kesihatan/imunisasi_hepatitis_b.asp

No comments:

Post a Comment

nuffnang