nuffnang

heartbeat.my

Tuesday, April 20, 2010

Menu Aqif


Hujung bulan ni Aqif dah 7 bulan dengan berat skrg 8.1kg, Aqif agak lasak dan aktif (or maybe hyperactive)..masalahnya skrg ni, Aqif tak suka bubur nasi..memula dulu ketika perkenalkan makanan pada dia bagi jugakla bubur nasi, kejap je dia makan pastu dah taknak..dah try masak bubur nasi dgn kurma pun tak nak jugak, campur ikan pun tak nak juga, campur sayur pun taknak jugak..aduhai anakku ini..so skrg ni dia makan nestum tp bukan yg plain tp yang berperisa untuk baby 6 bulan stage 2..kalau yg plain tu dia tutup kemas mulut dia..perisa plak takleh yg sama je kena lain2 ..aqif ni cepat bosan..so kat umah buat masa ni ada 3 perisa nestum..yg lain jumpa stage 3 (tuk 7 n 8bulan ke atas)..tunggu la bulan depan baru leh bagi..

cara dia menolak senang je, suapan kali pertama dia dah buat muka pelik, kali kedua mcm nak muntah balik je, suapan ke3 dia akan tutup terus mulut dia..kalau dia makan sekalipun dia akan muntah balik ..tu menandakan Aqif tak nak makan makanan tu.. sebelum ni sebagai jajan dia (snack), aqif makan baby bite (itu pun ada perisa), tp skrg ni dia dah tak nak dah bosan kot..kalau biskut baby milna dan seumpama dengannya aqif taknak makan..skrg ni mama aqif ngah pening kepala nak bagi aqif makan apa..


aqif ni jenis nak makan apa yg org dewasa makan..bila tgk tokmek nya makan ke mama n papa dia makan ke mula la bersuara mulut dia suh suap kat dia sama..tp mana boleh..aqif baru 6 bulan lebih mana la leh suap sesuka hati jer..

so kpd parents out there, tolongla cadangkan menu utk mama aqif masak pada aqif..atau pun snack tuk diberikan kepada aqif..aqif dah kurang minum susu skrg ni, sampaikan kena paksa minum susu..skrg ni dia suka sangat bermain..

1 comment:

nuffnang