nuffnang

heartbeat.my

Monday, April 12, 2010

Nuraarin: Contest Perkahwinan abadi


Entry kali ni, mama aqif nak try masuk contest dari Aunty Nuraarin tentang perkahwinan abadi. Sape2 nak join jomla..kita meramaikannya kat
link ni..tp kena jawab beberapa soalan..banyak ( jugak soalan yg nak kena jawab sebenarnya :p )

ok, let start ;

1) Apakah tema perkahwinan anda?


- Biru + gold
(nikah pakai baju biru, majlis pakai baju gold so pelamin dan hantaran guna kedua-dua kaler tersebut)



Pelamin yang digunakan mama aqif

2) Hadiah kahwin paling istimewa dan kenapa?


- Hadiah yang paling mama aqif suka ermmm ada 2 sebenarnya :) satu rantai leher berloketkan batu biru dari mak mertua..paling istimewa sbb mak mertua yang bagi mestilah istimewa dan ianya sepadan dengan cincin tunang dan rantai tangan yg mana semuanya berbatu biru..tp sebenarnya tak pasti rantai tu dikira hantaran ke hadiah

- so mama aqif pilih hadiah yg kedua iaitu tudung yang di tarik halus oleh adik ipar dan ditempah khas sulamannya. Tudung tu digunakan untuk majlis akad nikah dan mama aqif sangat2 suka tudung tersebut..sangat cantik..terima kasih cik didiey yang telah bertungkus-lumus tarik benang tudung tu dan nenek yg telah menempah khas sulamannya :)


mak mertua pakaikan rantai leher berloketkan batu biru

tudung yang dipakai ketika akad nikah dan dijahit oleh wannur sofiasalamah khairiah (cik didiey)

3) Apakah door gift untuk tetamu?


- untuk door gift mama aqif bagi perfume kecil, sapu tangan kecil dan gula-gula yang diletakkan didalam bakul kecil dan dimasukkan dalam beg kecil :)



Antara door gift yang diberikan-perfume dalam botol kecil

4) Hantaran perkahwinan yang paling anda suka?

- Hantaran kitorg beli sendiri-sendiri untuk keperluan sendiri. so mestila semua barang yang diberi tu mama aqif suka sebab mama aqif pilih sendiri :) okla, yang paling mama aqif suka hantaran yang papa aqif bagi ialah kek..kenapa? sebab kek tu kek yang ditempah cantik..mama aqif sayang nak makan kek tu..kek tu dihias cantik dengan bunga (bunga pun leh makan tau). Nampak macam simple tapi mama aqif suka sangat.



5) Ceritakan 3 pengalaman manis sebelum/ semasa/ selepas majlis berlangsung?


(i) sebelum majlis
-ketika itu, mama aqif adalah pelajar sem 1 dan masih belum boleh nak catch-up dengan kesibukkan belajar dan bekerja. weekdays mama aqif kerja, weekend mama aqif gi kelas so tak sempat sangat nak prepare tuk kahwin. Papa aqif yang banyak bantu mama cari keperluan barang2 perkahwinan. Dan hampir semua perkara mama aqif buat last minute sebab nak tunggu habis final exam. barang2 mama aqif beli hampir setiap minggu selepas habis kelas sebelum balik pahang (belajar kat shah alam) di depan rumah sewa sampaikan uncle kedai tu dah cam muka mama aqif.

(ii) semasa majlis
- mama dan papa aqif berpakaian pengantin ke stesen bas untuk menghantar nenek dan arwah atuk aqif balik ke kelantan. sangat malu sebab punya la ramai org kat stesen bas tu. diorg ingat kami ni tgh buat shooting :p

(iii) selepas majlis
-malam selepas majlis, anak-anak saudara berebut-rebut nak tolong bukakan hadiah perkahwinan kami. Waktu tu la papa aqif berkenalan dengan family mama dengan lebih dekat lagi.

6) Gambar perkahwinan yang paling anda suka?


comey dan manja tak ;p

7) Saya mendambakan perkahwinan yang berunsurkan kesederhanaan kerana dalam sederhana itu ada kesempurnaannya :)


panjangnya entry kali ni dan kena perah otak nak menjawab soalannya..apapun menarik sbb blh mengimbau kembali saat2 kawin dulu :p

so apalagi, sape yg dah kawin atau yg dah tunang leh la join kat blog http://nuraarin.blogspot.com

1 comment:

  1. ok, saya faham masalah masa save draft so saya terima penyertaan ini.. by the way, idea bg perfume tue menarik

    ReplyDelete

nuffnang