nuffnang

heartbeat.my

Posted by Picasa

Wednesday, April 7, 2010

Contest Muka Garang Si Kecil







Ntah apa la mood mama aqif hari ni dok gian nak masuk contest :p (ni gara-gara ngah tension sebenarnya :) ) untuk contest kali ni muka garang..mama pun cari punya cari ada la yg berkenan di hati tp takleh nak upload la plak so mama aqif upload la muka aqif yg ni..agak2 garang tak? :p

ok, ni details aqif

nama penuh : mohamad thaqif amsyar bin mohd syaiful azli

nama manja : aqif

tarikh lahir : 28 sept 2009

nama mama : marina bt mohamed

nama papa : mohd syaiful azli bin ab rahman

email mama : arine82@yahoo.com

Ok, wish luck for Aqif!

Sleeping cutie contest





ni 2nd time aqif try masuk contest :) sesaje nak try masuk contest tuk aqif, kalau ada rezeki ada la kalau takde takpela :) sekurang2 nya leh tgk rupa aqif ngah tido..nampak tenang je bila kita tgk anak2 kita tido kan?

nama penuh : mohamad thaqif amsyar bin mohd syaiful azli
tarikh lahir : 28 sept 2009
email mama dia : arine82@yahoo.com

alamak, tang lagu la plak..tak penah la plak menyanyi tuk aqif ni ..hhhmmm tp ada 1 lagu yang terngiang2 di telinga mama aqif, lagu yang arwah tok ayah nya selalu nyanyi untuk tido kan aqif sejak umurnya seminggu sehingga la 2 hr sebelum tok ayah memejamkan mata selama2nya.. :'((
(tok ayah meninggal dunia 9/01/2010 -alfatihah-)


"do..do..doi..tidurla sayang
do..dodoi..adik nak tidur..
tidurlah mata, tidurlah adik ..
do..dodoi..dodoi didodoi ..
eermmmmm...ermmmmmm..ermmmmmmm"
ulang dan terus ulang
(dinyanyikan dalam loghat kelantan)

sape punya?

ni mama yg empunya :D

ik? mcmana blh terbalik ni? :p ni aqif punya..dia sgt suka baby bites ni..ni aunty naliza yang cadangkan aqif makan sbb aqif suka sangat mengigit.

Versus by Hlovate
Cik didiey yg punya. Dia punya la suka buku ni. nnt mama minta cik didiey ulas sikit buku ni ye, apa yg menariknya buku ni?

Suntikan imunisasi hepatitis b

Tadi aqif kena cucuk 6 bulan tuk hepatitis b..aqif cool je kena cucuk (ye ke? ). Imunisasi ni penting untuk bayi bagi mengelakkan pelbagai penyakit. Vaksin ni diberikan mengikut peringkat umur bagi meningkatkan imunisasi bayi terhadap penyakit-penyakit tertentu. Kat Malaysia ni , Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyediakan jadual imunisasi yang wajib diambil oleh semua bayi..kat buku rawatan bayi tu ada tulis jadual tu. Sbg ibu, kita kena la prihatin terhadap jadual imunisasi tersebut supaya anak kita sentiasa sihat dan dijauhi penyakit2 tertentu insyaAllah.

Apa itu Hepatitis B? mengikut sumber rujukan, Hepatitis B ialah penyakit yang menyerang hati yang disebabkan oleh sejenis kuman iaitu virus Hepatitis B.Virus ini boleh didapati di dalam darah dan cecair badan orang yang telah dijangkiti dan boleh merebak jika anda terdedah kepada darah, cecair darah(serum) atau cecair dari alat kelamin mereka. Ini boleh berlaku jika anda berkongsi jarum dan picagari atau melalui hubungan kelamin. Wanita yang dijangkiti boleh menyebabkan bayi mereka terdedah kepada virus ini.

Tanda-tanda awal dijangkiti Hepatitis B adalah:
■Penat
■Sakit kuning
■Gatal-gatal
■Hilang selera makan
■Hilang berat badan
■Sakit perut
■Sakit-sakit sendi

Pembawa virus hepatitis B yang kronik adalah berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi seperti berikut:
■Radang hati yang kronik (Chronic hepatitis)
■Cirrhosis hati (Liver cirrhosis)
■Kegagalan fungsi hati (Liver failure)
■Barah hati

dah tahukan betapa bahayanya hepatitis b ni, so pastikan anak anda mengambil vaksin seperti yang telah disarankan oleh kerajaan. Janganlah ambil sifat sambil lewa demi kebaikan anak anda jugak :)

(Untuk makluman, atuk aqif meninggal kerana barah hati, dan tok ayah meninggal kerana perdarahan dalam perut)


sumber : http://www.infosihat.gov.my/ http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_kesihatan/imunisasi_hepatitis_b.asp

Tuesday, April 6, 2010

Step forward

Berkat sokongan dari mama, papa, cik yus, uncle ramadhan ,mama ilah dan batrisya (yg mana asyik menggelakkan aqif setiap kali percubaannya gagal :p ), akhirnya percubaan aqif untuk cuba merangkak berjaya dan seterusnya dah boleh menjulur ke depan..takde la asyik kebelakang je :p tahniah anak mama!! so skrg ni aqif dok praktis merangkak dan menjulur kedepan je kerjanya..habis baju comot sbb dah tlg mop lantai mama..
Sabtu lepas, Aqif dan kakak Batrisya telah berposing sakan bergambar. Terima kasih tuk uncle Syed dan aunty Rosiah kerana sudi jadi photographer dan melayan kerenah mereka berdua juga kerenah mama2 dan papa2 mereka :p hasilnya nnt kita sama2 tunggu dari uncle Syed ye :) nnt mama aqif upload gmbr tu..
Selepas siap puas bergambar, aqif, mama ilah, mama aqif n papa aqif melepak umah kakak batrisya..

Friday, April 2, 2010

SPSS dan Honda Accord

Skrg berada di perkarangan student di FSKM, UiTM Shah Alam..mama aqif ngah tunggu supervisor ada temujanji nak juma..pagi tadi dah jumpa pastu berehat jap sementara tu mama aqif leh ar edit data dalam spss. jap lagi nak jumpa tuk buat analisis data plak..

tadi sempat la lunch ngan aunty niza, dia bawa mama naik kete baru dia..honda accord tau..lupa plak mama nak amik gmbr kete aunty, kalau tak..leh post gmbr kat sini kan..kete aunty kaler pearl white plat J**1997 :) actually tu kete uncle Emran..skrg ni uncle tak balik lagi dari Egypt tu yg aunty bwk kete tu..bahaya tinggal kat umah :p aunty niza ckp, uncle emran balik ptg ni tp esok kena g UK plak..iskh3 busy betul uncle..apa yg mama tahu, bulan 5 aunty nak ikut uncle g Korea..best tu..bila la aqif leh round dunia jugak cam tu? :D --->pening papa nak kena jawab ;p

okla, mama dah nak kena jumpa prof ni..huhuhu ptg ni mama kena drive balik jengka sorg2..ntah kul berapa la baru sampai..takutnya nak drive sorg2 mlm2 :(( doakan mama aqif selamat dalam perjalanan ye..

chow..salam

Thursday, April 1, 2010

Penatnya badan..


6.03pm

Masih di opis menyiapkan key-in data..esok nak g jumpa supervisor..penatnya badan hari ni..kalau balik umah, alamatnya tak terbuat la smua kerja jawabnya sbb dok main ngan Aqif jer :p
alhamdulillah, dah berjaya key-in hampir semua data ke dalam spss


cuma skrg nak tgk balik kot2 ada data yg tersalah key-in..berpinar gak ar mata nie tgk smua data2 tu :( tak sabar rasanya nak habis belajar ..cepatla habis boleh dok main je ngan aqif ..
mahu pulang dah, tak sabar nak bergaduh ngan aqif. see u

nuffnang