nuffnang

heartbeat.my

Posted by Picasa

Wednesday, June 2, 2010

Ermmm.. malunya :)

sempena 2nd anniversary mama aqif n papa aqif yg lepas, mama aqif ermm nak cerita la sikit gana mama aqif kenal papa aqif nie ...alahai malunya nak cerita :) takdela bercinta ke apa ke..biasa2 je ..

ok2 1st time kitorg jumpa tak silap tahun 2002 (ye ke ? ) kat Kolej 2, UM ..waktu tu cuti semester..mama g UM ada tournament chess - GACC , kebetulan papa pun g jugak wakil INTEC..mcmana mama leh terjebak gi situ sebenarnya mama ngah tension ngan dissertation degree mama (mama final year time tu) pastu kawan mama call bgtau nak join tak sbb ada kosong, so mama pun join la :p so kat sana la 1st time mama kenal papa..tp kenal gitu2 jer (papa aqif sombong hak3.. ) ok2 pastu kitorg tak pernah berjumpa dah..papa aqif sambung belajar kat US, mama aqif lak habis belajar terus kerja...

nak dijadikan cerita, dah jodohkan ..hbs je belajar papa aqif ada call mama - time ni mama dah balik dok jengka- bgtau dia dah balik mesia..sblm ni kitorg ada gak beremail ngn ym tp setahun sekali kot tu pun sekadar 2 3 ayat tanya dah habis belajar ke belum? tak balik mesia ke? study mcmana? itu jerla ayatnya..mati2 mama ingat papa aqif tepon nak minta alamat nak kirim kad kahwin :D

dalam bulan 5 2007, mama aqif ada sukan staf antara uitm kat uitm perlis..kebetulan plak sebelum mama gi sana, papa aqif tepon dan mama bgtau la mama nak g perlis..then papa aqif ckp nak jumpa..bior betul nk jumpa kat perlis..rupa2nya papa aqif dah kerja kat Intel Penang..mama pun ckpla kalau nak jumpa dtg jela uitm perlis tp mama terpaksala berterus terang bgtau papa, mama dah tak ingat muka papa aqif mcmna ..(sowie..dah lama sgt la katakan)..papa aqif pun join la jd tukang sorak kat perlis tu selama 3 hari (weekend)..mama plak stay smpi hbs sukan la seminggu ..

ni 1st time la jumpa balik kat perlis slps 5 tahun
Selepas 2 minggu sukan antara staf uitm, mama terpilih jadi wakil uitm utk sukan antara staf universiti..hahahha kagum tak? kali ni tuan umah UMP, kat perlis gak..so tu kali ke-2 papa aqif dtg jumpa mama kt perlis gak ar :) seminggu jugak mama kat perlis tu..

ni la 2nd time jmp sukan antara staf universiti

habis je sukan tu, papa aqif ckp dia nak hntr mama balik jengka sbb nak jumpa family mama..kebetulan arwah tok ayah aqif ngah sakit masuk wad..

ni kiranya kali ke-3 jumpa la kan on the way balik jengka, singgah melawat adik papa kat matriks Gopeng perak

Pastu tak lama tu mama g jumpa family papa plak kat kelantan, kenal2 gitu then kitorg pun tunang la..mmg rasa cam cepat jer..jodoh pertemuan kan di tangan Allah :)

majlis tunang - 25/12/2007

akad nikah - 30/5/2008

majlis kat umah mama - 31/5/2008

majlis kat umah papa - 7/6/2008

itu jela kot cerita mama ngan papa..tak menarik pun :)

Tuesday, June 1, 2010

The Cutest Mama & Baby Contest

Mama aqif join contest lagi :) kali ni contest tuk mama n baby cute (cute ke mama nie? ;p ) ok2, nak tahu lebih lanjut sila klik ye..

mama dok pilih punya pilih gambar, akhirnya mama letak la gmbr ni ..susah rupanya nak memilih gambar nie..dan mama baru perasan mama tak banyak sgt bergambar dengan aqif..iskh3..

nama anak : mohamad thaqif amsyar bin mohd syaiful azli
umur anak : 8bulan
nama mama : marina mohamed
gambar kat atas tu ambil ketika umur aqif 6 bulan..sesaje jer nak ambil gambar aqif kat kawasan Rumah Tamu UiTM Jengka..lagipun waktu tu nak amik gambar bersama Batrisya (anak kawan) sekali tu yang leh g UiTM tu..hehehee kalau perasan, mama aqif dan aqif dua2 tak tgk kamera pun ala2 cam "sila tgk ke kiri ye" ..aqif pun ikut la tgk kiri (mcm aqif tu paham je :p )
okla, nak tahu lebih lanjut sila la tgk blog penganjur yer :)

Give Away "Cayang Ibu"

yeyeye mcm dah lama je mama aqif tak join GA or contest..so mestilah mama aqif tak nak ketinggalan nak join GA dari ibu Imanina.. nak tahu lebih lanjut sila klik ..
hhmmm nak kena tag 5 orang..so mama aqif nak tag ....



gambar ni ambil kat De Rhu Resort Kuantan..dan ni muka aqif 1st time masuk kolam :) sebelum ni mana penah bwk g mana2 kolam melainkan bath tub dia sendiri je kat bilik air :) muka cam best je dok dalam air tu..sejak itu aqif sgt suka berendam air samada kat kolam atau pun kat jeram..suka main air


Cicak kena tahan 'wad'

papa aqif masih bercuti hari ni nak settlekan hal cicak mama tu..huhuhuhu cicak mama kena masuk workshop tak tahu la berapa lama..papa tinggalkan cicak di KB sian cicak..harap2 cicak tak kena tahan lama2 tp semuanya bergantung kepada insurans la..kitorg claim insurans..moga2 cepatla siap ..tp biasa la kalau claim insurans ni makan masa sikit..org insurans tu bagi masa katanya minimum 2 minggu, ada jugak dia cakap sebulan tp nenek aqif penah claim insurans tuk vios nenek 8bulan baru settle!! mak ai, lama bebenor..gana mama nak g kerja?? huhuhuu..nak g kerja naik bas mana ada bas, nak g naik teksi gilos babas mahal, g kerja dalam rm20 balik pun rm20 kalau seminggu dah berapa..kalau sebulan maunya cecah rm800..baikla mama amik kete lain ;p nk guna kete papa, habis tu papa nak guna kete apa g kerja? papa pun memerlukan kereta jugak..ni la masalah kalau tak tinggal sekali..tp nak buat mcmana dah rezeki kami..terima jer la :) takde ke sape2 nak kasi mama pinjam kete tuk sebulan dua? :D hehehehe...ke mama nak kena tmbh kereta? ingt bnyk duit ker??oh tidak.....

Monday, May 31, 2010

eh...

Baru teringat, hari ni hari anniversary mama la..iskh3...terkejut dgn beberapa kejadian sampaikan lupa terus semua benda..teruk betul..mestila kena buat entry special ye tak? hhmmm....nnt2 la :) tgk pc lama2 pun berpinar..

oh ya, kepada semua peserta contest tuk 'hadiah untuk eriem' harap bersabar yer..nnt jap lagi mama aqif update senarai peserta, pemenangnya kena tunggu ibueriem ok :) hadiah pun, mama aqif menunggu hadiah tu smpi di rumah :) harap bersabar...sorry sgt2 diatas kelewatan .


SENARAI PESERTA HADIAH UNTUK ERIEM

Al-Kisahnya..

wah, lama tak menulis kan..actually, mama aqif tak berapa sihat skrg nie..badan lemah jer..emosi pun tak berapa nak stabil...so mama aqif pun buatla urine test kot2 pregnant..n resultnya positif..so mmg sahla aqif akan dapat adik..tu yg mama aqif lagi tension :(( sbb mama aqif tak rasa lagi mama aqif dah bersedia nak menambah anak..lagipun mama aqif masih lagi rasa penat baru habis belajar la katakan...sgt stress....mama aqif belum g check doktor lagi..

nak dijadikan cerita, cuti 3 hari yg lepas papa aqif ajak balik kelantan..memula mmg la tak berapa larat nak balik tp mengenangkan balik umah mak mertua kan kena la balik jugak..dulu2 belajar so jarang sgt leh balik kelantan ni..yelah setiap kali weekend je akan ke shah alam belajar..hanya berpeluang balik kelantan jenguk mama mertua ketika cuti semester je..sian la plak..so skrg ni la masa nak tebus balik ye tak?

aqif suka je dapat balik tgk nenek..hari jumaat tu bwk aqif g berkelah kat jeram linang, sukanya budak tu..suka berendam dalam air..tp ye lah budak kecik mana leh berendam lama2 ..bahaya la plak..aqif sgt marah bila kena naik :p hehehehe..

hari sabtu berpeluangla g melawat tok ngah aqif kat tanah merah, and g umah mama ilah kat pengkalan chepa..setiap kali kat umah jer, mama aqif tak berpeluang buka internet sbb dok melepek jer..tak larat..kali ni pregnant sgt berlainan daripada sebelum nie...huhuhuhu sgt tak larat..tak selera makan..sampaikan takleh nak makan pun sebenarnya :(( berat pun dah turun :(
alkisah yg terakhir, semalam bertolak balik ke jengka selepas settlekan hal bank tok mek dan tunggu mama ilah..lewat gak ar bertolak dalam kul 4ptg..dalam pertengahan jalan, hujan sgt lebat siap ngan ribut..alkisahnya ketika kejadian itu kami di tengah hutan di atas bukit antara kuala krai dan gua musang..ada la 2 dahan kayu ni menimpa kereta kitorg..cermin kereta pecah teruk, body kete pun kemik la..alhamdulillah kami tak pape, aqif pun ok jer tgknya..tp risau gak sbb kat dashboard serbuk kaca byk takut yg halus2 tu terbang kena aqif..ngah hutan n ngah hujan mana leh berenti kat tepi jalan..so gerak la jugak slow2 cari kawasan lapang..alhamdulillah ada mama ilah kat depan kami (beberapa km la jugak) , minta dia tlg berenti kat mana2 sbb nak pindahkan si aqif..bahayala kan ngan kaca2 tu..


akhirnya papa aqif minta mama balik dulu ke pahang bersama mama ilah, papa akan berpusing balik ke rumah nenek kat machang..minta tlg ayah teh dtg ambil leh konvoi sama2 takut2 cermin tu tak mampu bertahan lama..

hari ni papa qif cuti kecemasan settlekan hal kereta , mama aqif plak dtg opis g kelas cam biasa cuma kelas ptg ni mama aqif cancel sbb badan sgt tak larat..ni pun baru je lepas lelap seketika..serius pregnant kali ni lembik sgt2 :( risau gak accident smlm takut beri kesan pape kat dalam perut tu..yela terkejut kan kena hempap dgn 2 dahan pokok yg agak besar..dahla sebelum ni mama aqif penah terkejut accident ngan mama ilah kat highway DUKE (sure waktu tu dah pun lekat pregnant ye tak? ) harap2 takde pape la..

Friday, May 28, 2010

Selamat Ulangtahun Eriem

Selamat Ulang tahun yang ke-3 eriem
semoga ceria2 selalu dihari lahir mu syg :)
Aunty doakan, eriem sentiasa sihat dan ceria
Dengar ckp ibu dan ayah tau
Jangan sesekali menderhaka pada diorg

ps : thanx wan utk e-card ni

nuffnang