nuffnang

heartbeat.my

Posted by Picasa

Tuesday, April 20, 2010

Tips from Dr. Fadzilah Kamsah

Artikel ni mama dapat dari Aunti Faridah :

Tatacara makan & minum
=====================
Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa
Insya-Allah, Allah lipat gandakan rezeki.

Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak
sepanjang tidur, otak akan generatekan all of our wish & Insya-Allah,
kita akan work towards it (ada semangat) dikeesokan harinya.

Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner
ikut Sunnah & dapat pahala & also boleh rujuk kpd pakar pemakanan,vitamin C dari buah2an yg dimakan selepas breakfast, lunch & dinneryang akandiperolehi adalah approaching 0%.

Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast,lunch & dinner).
Minum air selepas 15-30 minit selesai makan.Untuk minum, bagi teguk
ygpertama sahaja, biarkan air dlm mulut about 10s then baru telan.
Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus
sebab air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm pankreas, perut,
& so on yg akan dibawa oleh air tegukan pertama.

Seelok2nya makan malam sebelum maghrib
ikut sunnah (Rasullullah makan sblm maghrib kecuali bulan Ramadhan saja
ie masa maghrib), sebab, bagi yang tegah study (or anak2), otak akan berfungsi excellently
(senang absorb ilmu) around 2 hrs selepas makan so, if makan at 8:30pm,around10:30pm baru start study and most probably hanya boleh bertahan hinggajam 12 tegah malam saja, jadi, tak banyak yang boleh dipelajari berbandingkalau makan pukul 6:30 (org Cina take dinner around this hour). Juga, kita tak tidur dalam kekenyangan (yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam)

Tatacara di bilik air
===============
Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit)
boleh elak daripada dapat batu karang

Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri
ikut sunnah sbb bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang buang air besar

Tatacara didik anak
================
Antara tips untuk dapat anak bijak/genius, ajar anak
(baby) tidur mengiring ke kanan ~ sebab jantung (yg terletak sblh kiri) akan
lebih "lapang"/"lega" dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) and otak
anak akan develop excellently.

* Bagi anak2 yang dah azalinya active or hyper-active, kurang (or jangan)
pakaikan baju warna orange
sebab warna ini boleh merangsang secara actifnya tindak tanduk anak

(yang ni mama aqif kena set trus dalam mind untuk diamalkan pada aqif)


Tatacara didik diri sendiri
====================
Rasullullah (saw) bersabda, sesuatu amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari,continuously, akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu itu akan mati.

Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg negatif
emosi2 ini akan membenarkan otak release excessive adrenaline,
cortisone & toxine yg mana boleh membawa kepada beberapa penyakit cepatletih, wajah cepat nampak tua (tua sebelum waktunya), selalu sakit perut etc

Beauty of Math

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321
yang ni pun mama tak dapat nak kenal pasti dari mana mama dapat..yg mama ingat, mama dapat forward email tak silap dari Auntie Sarah

Jodoh

Khas untuk mama ilah hehehehe...maaf sumbernya mama aqif tak ingat dari mana mama aqif dapat..so sesiapa yg boleh bgtau mama dari mana sumber ni bgtau yer..mama aqif penah bagi pada papa aqif dulu2 sebelum kitorg kawin..

1.
Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti 'magnet' yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa : sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan : tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan @glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ?kegilaan? bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman, bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Menu Aqif


Hujung bulan ni Aqif dah 7 bulan dengan berat skrg 8.1kg, Aqif agak lasak dan aktif (or maybe hyperactive)..masalahnya skrg ni, Aqif tak suka bubur nasi..memula dulu ketika perkenalkan makanan pada dia bagi jugakla bubur nasi, kejap je dia makan pastu dah taknak..dah try masak bubur nasi dgn kurma pun tak nak jugak, campur ikan pun tak nak juga, campur sayur pun taknak jugak..aduhai anakku ini..so skrg ni dia makan nestum tp bukan yg plain tp yang berperisa untuk baby 6 bulan stage 2..kalau yg plain tu dia tutup kemas mulut dia..perisa plak takleh yg sama je kena lain2 ..aqif ni cepat bosan..so kat umah buat masa ni ada 3 perisa nestum..yg lain jumpa stage 3 (tuk 7 n 8bulan ke atas)..tunggu la bulan depan baru leh bagi..

cara dia menolak senang je, suapan kali pertama dia dah buat muka pelik, kali kedua mcm nak muntah balik je, suapan ke3 dia akan tutup terus mulut dia..kalau dia makan sekalipun dia akan muntah balik ..tu menandakan Aqif tak nak makan makanan tu.. sebelum ni sebagai jajan dia (snack), aqif makan baby bite (itu pun ada perisa), tp skrg ni dia dah tak nak dah bosan kot..kalau biskut baby milna dan seumpama dengannya aqif taknak makan..skrg ni mama aqif ngah pening kepala nak bagi aqif makan apa..


aqif ni jenis nak makan apa yg org dewasa makan..bila tgk tokmek nya makan ke mama n papa dia makan ke mula la bersuara mulut dia suh suap kat dia sama..tp mana boleh..aqif baru 6 bulan lebih mana la leh suap sesuka hati jer..

so kpd parents out there, tolongla cadangkan menu utk mama aqif masak pada aqif..atau pun snack tuk diberikan kepada aqif..aqif dah kurang minum susu skrg ni, sampaikan kena paksa minum susu..skrg ni dia suka sangat bermain..

Monday, April 19, 2010

Sangat Tension..

Serius, mama aqif rasa cam nak pecah kepala buat research ni :( huhuhuhu pening bila nak mengarang..terasa semua test2 yg dibuat tu salah je so mcmana nak tulis? yg paling stress..takde idea nak menulis!! huhuhuhuhu :((

Mesyuarat Akademik

mama aqif ngah dgr mesyuarat akademik yg disampaikan oleh PM Khafiruddin..meeting ni diadakan di Audi 1 ,biasalah sebelum final exam akan dibuat mesyuarat bg mengingatkan apa yg perlu bg melancarkan perjalanan peperiksaan akhir..,,
Apapun,utk semua pelajar yg peperiksaannya bermula 21 april sehingga 9 mei 2010, sy doakan semoga berjaya

Friday, April 16, 2010

Giveaway My Life..My Stories..Demi Adam Daniel

Kasih seorang ibu tidak ternilai harganya. Demi anak sanggup dikorbankan apa sahaja..hhmmm itulah pengorbanan seorang ibu untuk anaknya. Kali ini mama terjumpa entry ibu adam (link), yang mana beliau sanggup nak let go barang kesayangannya termasukla cawan seperti diatas dan banyak lagi yang beliau sanggup lepaskan demi kepentingan anaknya adam daniel. Anak beliau sekarang sudah boleh meniarap mungkin sebaya dengan aqif ..dan mama aqif faham perasaan ibu adam tu, pastinya beliau mahukan yang terbaik buat anaknya adam walaupun terpaksa melepaskan koleksi antik kesayangannya ..sedihnya :(

nak tgk apalagi yang puan saidah nak bagi? hehehehe ...sangatla menarik tau..contohnya ;



Cantik2 tak? nak tahu lebih lanjut silala ke blog beliau di http://saidahipoh.blogspot.com.
Kita sama2 memeriahkan giveaway beliau :)

nuffnang